SUAMI KU SONGSANG…!!??

“APA nak jadi dengan kau ni, Han?!” Suara garau bergema seluruh rumah. Sepasang mata merah tajam terarah ke arah lelaki yangberdiri betul-betul di hadapannya. Urat-urat leher sudah kelihatan. Itu tandanya lelaki berumur awal 50-an itu bukan tengah gembira. Tapi marah. Marah yang teramat sangat.

“Sampai hati Han buat ibu macam ni.” Dicelah pula oleh satu suara lemah diselangi dengan sedu sedan. Wanita berumur lewat 40-an itu terdampar lemah di atas sofa dengan bahu yang terhinjut-hinjut.

Seorang lelaki yang sedang menjadi mangsa luahan perasaan hanya kaku di tempatnya berdiri. Langsung tak bergerak. “Han sebenarnya…”

“Ah! Tak payah nak kasi alasan lagi. Ayah dengan ibu dah nampak semuanya tadi. Jelas. Terang.”

Herdikan lantang itu berjaya mematikan niatnya untuk terus bersuara. Sudah beberapa kali dia mencuba untuk membela diri namun gagal. Farhan jadi makin resah. Rahsia terbesar dirinya selama ini sudah diketahui oleh kedua ibu dan bapanya.

“Sejak bila kamu mula jadi tak normal ni, hah? Sejak bila? Patutlah selama ni bila ayah suruh kau cari bakal menantu bawak balik, kau liat. Rupanya sebab ni. Sebab yang boleh memalukan ayah seumur hidup. Sebab yang boleh buat ayah rasa nak muntah bila tengok aksi kamu dekat depan PKNS tadi. Eeee!!! Kamu tau tak betapa loyanya ayah bila tengok aksi hilang akal kau tadi?” Buat kesekian kali wajah kecut anak sulongnya itu direnung tajam. Encik Azhan berjalan membuat pusingan mengeliling Farhan. Cuba mengawal hati yang dah rentung. Dah jadi bara pun.

“Han tau tak apa yang ibu rasa masa ibu ternampak gelagat Han sebentar tadi? Ibu rasa macam nak pengsan tau? Rasa luluh hati ni bila tengok anak lelaki tunggal yang paling ibu sayang berjalan sambil berpegangan tangan dengan kaum sejenis. Dahlah cara berjalan sama. Jenis berpakaian tak ada beza. Potongan rambut pun sama. Eh Han! Han tak malu ke buat perangai macam tu depan publik? Han tak malu ke bercinta dengan kaum sejenis. Han tak malu kejadi songsang sampai macam ni? Ibu tak pernah ajar Han buat perangai tak senonoh macam ni tau? Han tau tak, apa hukumnya kalau bercinta dengan kaum sejenis? Han tau tak!?? Han tak pernah belajar agama ke selama ni? Han betul-betul sakitkan hati ibu. Sampai hati Han buat ibu macam ni…” Suara yang pada mulanya lantang berubah menjadi perlahan bila sebak sudah tidak dapat dibendung. Luluhnya hati Puan Hasanah ketika ini hanya Allah saja yang Maha Mengetahui. Dia pejam mata berkali-kali cuba melesapkan peristiwa di PKNS yang sudah hampir dua jam berlaku.

“Ibu, Han…”

“What’s going on?” Sekali lagi Han terpaksa mematikan ayatnya bila si adik yang baru muncul menyapa. Fazreen yang baru pulang dari kuliah terus menapak ke bilik abangnya bila terdengar bunyi bising.

“Makcik? Pakcik?” Satu suara dari belakang Fazreen ikut menyelit. Gadis yang pulang bersama Fazreen juga pelik melihat sketsa air mata itu.

“Reen…” Melihat wajah Fazreen membuatkan Puan Hasanah terus menonong mendapatkan tubuh kecil molek itu. Dirangkul kuat Fazreen macam tak rasa nak lepas. Esakan dikuatkan lagi. Bahu Fazreen menjadi tempat meluahkan perasaan. Dia menangis semahu-mahunya.

“Abang, apa kau dah buat dekat ibu?” Terjah Fazreen. Muka resah Farhan dipandang.

“Aku tak buat apa pun.” Tipu Farhan. Dalam hati dia berdoa agar ibu dengan ayah tidak akan ‘berkongsi’ rahsianya dengan Fazreen. Dan minah plywood ni jugak. Minah plywood yang dimaksudkan adalah Imanina yang setia berdiri terpacak macam plywood yang sudah dipaku ditengah-tengah bilik.

“Tak buat apa kau cakap? Kalau kau tak buat hal takkan ibu jadi macam ni kut?” Fazreen masih tak puas hati. Dia tau pasti ada sesuatu yang sudah dilakukan oleh abangnya itu. Kalau tidak, takkan lah ibu akan meraung persis orang hilang anak kembar tiga sampai macam ni sekali.

“Wei, baik kau cakap apa kau dah buat sampai makcik menangis macam ni.” Agak lama, penjelasan dari Farhan belum jugak ada. Imanina telah hilang sabar. Dia juga seperti Fazreen. Berasa keliru dan pelik.

“Wei, minah plywood. Kau orang luar jangan masuk campur boleh tak? Yang kau datang sini apehal? Tak ada rumah ke? Buat menyemak je. Apa kau ingat bapak aku buka hotel kebajikan ke yang boleh kau keluar masuk sesuka hati.” Marah Farhan. Aku, kalau ayah marah takpe. Ibu marah pun tarak hal. Fazreen? Ah! Dia tu adik. Langsung aku tak rasa gentar. Tapi bila minah plywood ni bukak mulut, dituju pulak depan muka aku… memanglah gua tak boleh sabar beb. Panas betul gua dengan minah ni. Haissshhh!

“Plywood-plywood aku pun muka licin. Halussss…. Tak macam kau! Jerawat penuh muka bak cendawan tumbuh selepas hujan. Dah berapa kali aku suruh kau pergi gesel muka kau dekat tar di jalan besar depan sana? Kasi licin sikit. Tak jugak kau buat. Bajet handsome lah konon dengan jerawat besar cendawan tu.” Lebih laju dari bom nucklear Imanina membalas. Habis senget lipatan tudung bila dia bercakap tanpa control ayu.

“Kau ni harap je pakai tudung. Tapi perangai hampeh!”

“Dah tu yang kau tu harap je hari-hari solat maghrib dengan Isyak dekat masjid tapi sanggup kau buat makcik menangis macam ni. Tak hampeh ke macam kau?”

“Kau tak ada hak nak judge aku.”

“Dan kau pun tak ada hak nak judge aku!”

“Whoaaa…” Fazreen yang sedari tadi hanya menikus ditepi ketika pertengkaran dua manusia itu cepat-cepat masuk channel bila aura-aura perang dahsyat sudah terasa. “Korang dua ni apehal? Cuaca mendung je dekat luar, korang panas dekat dalam.” Suara dia perlahan. Lambat-lambat dia berdiri ditengah-tengah antara abang dan kawan baiknya. Lengan Farhan ditarik ke tepi. Tubuh Imanina pula ditolak perlahan ke arah Encik Azhan yang agak jauh kedudukannya dari Farhan.

“Aku tak suka tengok plywood. Suruh dia balik!” Nampaknya Farhan belum buas hati. Dia terus mencuba untuk menyakitkan hati Imanina.

“Aku pun tak suka tengok cendawan tumbuh dekat muka orang! Suruh dia pakai topeng!”

“Kau memang lah…”

“Cukup!” Tengkingan Encik Azhan mengkakukan semua tubuh di situ. Dia menapak perlahan ke arah Farhan. “Ayah belum lupakan hal tak normal kamu lagi. Dan kalau kamu rasa bila kamu sibukkan diri bertengkar dengan Iman, ayah akan lupakan hal tak normal kamu tu, kamu salah. Kamu sangat salah. Sebab hal tak normal tu bukanlah hal yang boleh dipandang ringan. Hal yang membabitkan hukum hakam. Hal yang membabitkan maruah keluarga. Dan ayah taknak kamu terus mengendong dosa besar ni sampai ke akhir hayat. Ayah dengan ibu pun tak sudi nak tolong kongsi dosa besar tu dengan kamu.”

“Dosa besar? Ayah, apa abang dah buat? Jangan cakap yang kau kena tangkap khalwat, bang.” Dengan lurusnya Fazreen menyoal Farhan. Mata tidak berkelip menghadap si abang.

“Kau cakap tu boleh control tak?” Fazreen dijegil geram.

“Heh! Kalau tangkap khalwat dengan perempuan boleh nikahkan terus. Tapi kalau kena tangkap basah dengan kaum sejenis, macam mana nak nikahkan? Haram tau! Hukumnya haram!Nauzubillah…” Encik Azhan memicih dahi. Kepala digeleng berkali-kali.

Ayat-ayat yang baru keluar dari bibir lelaki separuh abad itu membuatkan dua kepala hampir putus nafas. Fazreen terkedu. Imanina terkaku. Dua-dua pandang muka kau-aku sebelum pandangan dibawa semula ke wajah Encik Azhan.

“Abang, kau homo… homo… homo…”

“Kau songsang?” Bila Fazreen nampak macam susah nak menyebut perkataan ‘homoseksual’ itu Imanina terus masuk line. Perasaan ingin kepastian dia sudah tak dapat dibendung lagi. “Kau tak normal? Serius!?”

“Oh my Allah!” Fazreen jelas nampak terkejut. Belum pun Farhan mengaku, dia terlebih dahulu rasa tersentap. Mata mula berkaca. “Abang, asal dengan kau ni?”

“Asal kau jadi macam ni?” Imanina terkejut hebat. Tak sangka lelaki berjerawat dimuka ini seorang yang jenis lelaki sukakan lelaki.

“Ayah, dengar dulu apa Han nak cakap.”

“Ayah tanak dengar!”

Farhan jadi tak tentu arah. Ayah langsung tak kasi dia peluang untuk bersuara. “Ayah…”

“Ayah nak tanya kamu. Selama kamu berkasih-kasih dengan special boyfriend kamu tu, pernah kamu melebihi batas? Ayah tak maksudkan skinship saja. More than that. Pernah? Eesh! Rasa loya datang lagi. Reen, bak minyak Cap Kapak.” Pinta Encik Azhan seraya mengurut-urut pangkal leher. Beberapa saat kemudian, minyak Cap Kapak Reen berada didalam genggaman Encik Azhan. Penutup botol dibuka lalu minyak dititis ke tapak tangan sebelum disapu pada leher.

“Ayah tanya kamu ni, Farhan.”

“Ayah, dah berapa kali Han cakap…”

“Jawab.”

Suara tegas itu membatutkan rasa ingin protes Farhan. “Tak.”

Mendengar jawapan itu membuatkan hati Encik Azhan jadi lega.

“Kalau ye pun perlu ke bercakap hal ni depan dia?” Soal Farhan sambil menghala jari telunjuk ke arah Imanina yang masih dengan muka tak percaya.

“Kenapa tak boleh?”

“Sebab dia bukan…”

“… our family?”

Farhan mengangguk laju.

“Sekarang, memang dia bukan our family. But soon, dia akan jadi keluarga kita.” Bisikan halus meniti ditelinga Farhan.

“Ayah…” Farhan terasa lemah. Dari senyuman nipis dan pandangan yang penuh tersirat dari si ayah, dia sudah dapat menghidu apa yang bakal ayahnya putuskan beberapa saat lagi.

“What?”

“No. This is joke right? You’re not going to do like that. Not to me. Not her. Not her, ayah. Please. I love somebody else.”

“Lepas apa yang ayah basuh kamu tadi, sanggup lagi kamu mengaku yang kamu cintakan orang lain? Sanggup lagi kamu mengaku yang kamu cintakan special boyfriend kamu tu? Han, tolonglah jangan buat ayah rasa loya lagi. Seksa tau tak?” Minyak Cap Kapak yang sedia terbuka penutupnya dibawa rapat ke hidung. Satu tarikan nafas dibuat. Sedikit demi sedikit rasa loya mula berkurang.

“Ayah…”

“Attention please!” Lantangan suara bersama tepukan bergema di seluruh bilik itu. Puan Hasanah, Fazreen dan Imanina yang berada di hujung bilik dengan kening berkerut memberikan tumpuan sepenuhnya tentang apa yang bakal diperkatakan oleh Encik Azhan.

“Iman, please come here.” Imanina digamit.

“Ayah, please… Tanaaaaaak…Tanaaaaaak…” Farhan merengek macam budak perempuan tak dapat beli teddy bear dekat Lot 10. Sebijik!

“Apa tanak tanak? Cuba bunyi macam jantan sikit!”

Gulpp! Farhan telan liur. Han belum cukup jantan ke, ayah? Soal dia dalam hati.

“Ada apa, pakcik?” Soal Imanina dengan muka yang penuh dengan tanda tanya.

“Pakcik mintak maaf.”

“Sebab apa?” Imanina muka tak faham.

“Sebab pakcik nak mintak Iman…”

“Ayah, don’t do this to me.”

“… Iman kahwin dengan Farhan.”

Putus nafas. Dia cuba tarik nafas, tapi tak lepas. Oksigen nak sedut tak ada. Karbondioksida nak hembus pun tak keluar. Kali ketiga, tubuh dia jadi kaku. Tapi kali ini lebih lama dari tadi. “Pakcik…”

“Ya?”

“Pakcik, Iman nak…” Lutut Imanina dah lembut macam jeli.

“Iman nak kahwin dengan Han?” Bersinar-sinar muka Encik Azhan ketika menuturkan soalan itu.

“Iman nak…”

“Betul Iman nak?”

“Iman nak pitam…” Dan lepas tu terus Imanina rasa macam benda sekeliling dia berpusing sebelum suasana jadi gelap.

***

DIA pejam mata rapat-rapat. Peristiwa bulan lepas menjengah di fikiran lagi. Permintaan itu dibuat sebulan yang lalu dan hari ini, dua hari yang lepas dia sudah berjaya menunaikan permintaan Encik Azhan dengan ‘jayanya’. Sudah dua hari dia sah menjadi isteri kepada Amir Farhan Bin Mohd Azhan. Dan sudah dua hari jugak air jernih sentiasa mengalir keluar dari matanya tanpa henti. Masa bersanding siang tadi pun dia tetap menangis. Menangis sedih gara-gara kena kahwin paksa. Tapi lain pula telahan orang lain. Mereka fikir dia menangis kerana terharu dengan majlis gilang-gemilang yang dianjurkan oleh kedua belah pihak pasangan pengantin. Itupun sebab Puan Hasanah dan Puan Kamsah sungguh-sungguh menegaskan perkara tersebut kepada mereka yang hadir.

Sebelum ini dia belum pernah menangis teruk macam hari ni sebab dalam otak sudah ditanam harapan dan angan-angan. Selagi Farhan tak melafazkan akad terhadapnya selagi itulah dia ada harapan untuk mengelak dari pernikahan tak rela itu.Harapannya, agar datanglah seorang superhero yang akan menyelamatkan dia dari majlis malam ini seperti filem-filem hindustan yang pernah dia tonton sebelum ini. Hero akan datang menghalang heroin dari kena kahwin paksa dengan si jahat. Tak pun si hero bawa heroin lari menunggang kuda dengan penuh gaya kemachoan. Mata hero pula diikat dengan kain hitam. Macam Zorro. Kacak bergaya. Gagah perkasa. Nak-nak lagi kalau Zorro tu Arjun Rampal. Wahhhh!!! Tapi itu hanya angan-angan yang tak kesampaian bagi Imanina. Tiada superhero yang datang selamatkan dia. Tiada jugak kedengaran bunyi derapan kaki kuda yang ditunggang oleh Zorro di luar rumah tadi. Dia kini sudah pegang status isteri Amir Farhan yang ada jerawat di muka. Yang songsang. Yang… “Kenapa suami aku tak normal?”

“Siapa tak normal?”

Soalan itu datang bersama campakan samping di muka. Imanina bengang. Air mata dikesat. “Jangan kacau aku!” Samping warna krim itu dicampak semula ke arah Farhan.

“Sudah la tu. Kau nak meratap apa lagi? Kau dah pun jadi isteri aku. Aku pun dah jadi suami kau. Kita sama-sama dah tukar status. Husband and wife. Wahhh… sedapnya dengar. Lepas ni kalau orang tanya… kau datang kelas dengan apa? Kau kena jawab dengan… dengan my husband. Lepas tu orang mesti tanya… husband kau si kacak Farhan tu ke? Dan kau wajib jawab… of course lah, siapa lagi yang lebih kacak dari dia? Jangan lupa nada menjawab tu kena ada riak bangga sikit eh.” Kata Farhan dengan riak megah. Tubuh dihempas kasar pada katil. “Ah, heavennya.”

“Gila! Dahlah songsang. Gila pulak tu. Kau jangan perasan boleh tak? Aku dengar rasa nak muntah.” Balas Imanina sambil mengeluarkan lidah. Sengaja dia buat muka habis jelik.

“Kau nak muntah ke? Macam ada tanda-tanda je.”

“Tanda-tanda apa? Kau jangan nak merepek.” Entah kenapa secara spontan Imanina pegang perut.

“Aku bukan cakap tanda-tanda tu la, sengal. Kita baru je menikah malam ni. Takkan nak mengandung pun malam ni jugak. Buat apa pun tak. Agak-agak ah. Maksud aku tanda-tanda jealous.”

Laju tangan yang mendarat pada perut dibawa ke dahi. Imanina control riak muka. Dibuat sehabis selamba. “Untung apa aku nak jealouskan kau?”

“Aku kacak. Aku baik. Aku idaman wanita. So, untungnya aku boleh tambah bini. Kau pulak boleh dapat madu. Kau ingat ramai ke wanita yang bertuah untuk bermadu. Kau tu bakal tau tak? Untung,kan? So prepare lah.” Wajah Imanina dipandang tiga saat sebelum dia mencapai bantal panjang lalu dipeluk erat.

“Kalau madu aku bukan dari spesies yang ada rahim, maaf aku reject.”

“Asal? Dengki?”

“Aku tanak share dosa besar dengan kau.”

“Hey, kau kalau bercakap boleh tak…” Farhan sudah bangun dari pembaringan menghadap Imanina.

“Tak boleh! Aku tak boleh control mulut dalam bab macam ni. Sebab kau songsang. Dan itu fakta. Dan aku sebagai yang benar perlu sedarkan kau tentang salah dah betul. So, kau tak payahlah nak suruh aku jaga words ke apa.” Imanina terus tayang muka selamba. Farhan yang sedang merenung dia macam nak telan tu diabaikan. Sumpah! Langsung tak gerun.

Farhan terus bangun dari katil dengan wajah sebal. “Suka hati kau lah apa kau nak fikir. Yang penting kau dah jadi isteri aku. So sila jalankan tanggungajawab-tanggungjawab kau mulai malam ni!”

Hah!? Mendengar kata-kata itu Imanina jadi gelabah. Laju kedua-dua tangan dibawa menyilang dada. “Tanggungjawab yang macam mana?”

“Kau rasa?” Farhan buat muka gatal. Senyuman nakal penuh diwajah. Perlahan-lahan dia menapak mendekati Imanina yang dah menikus macam tikus di sudut bilik.

“Aku tanak!”

“Tanak apa?”

“Tanak tu la.”

“Ye la… ‘Tu la” tu apa?”

“Kau jangan buat tak faham.”

“Memang aku tak faham.”

“Kau memang…”

“… kacak. Ya aku memang kacak. Tak payah susah-susah kau nak remind. Aku dah sedia maklum.” Dia ketawa kuat.

Dan ketawa itu membuatkan Imanina jadi semakin jelik. “Gila perasan!”

“Itu bukan perasan. Itu kenyataan. Alaa… ngaku je la yang kau memang dah lama syok setengah mati dekat aku. Tu sebab ar bila ayah mintak kau kahwin dengan aku, kau terus setuju. Kau memang dah lama usha aku kan? Cer kau ngaku. Cer kau ngaku.” Tambah Farhan lagi dengan gaya terencat sambil melompat-lompat di depan Imanina.

“Kau jauh sikit boleh tak? Aku rasa geli bila dekat dengan kau macam ni!” Tubuh Farhan ditolak sehingga lelaki itu mengundur ke tiga tapak ke belakang.

“Wei! Main kasar.” Farhan bengang.

Imanina hanya tayang muka tak bersalah. “Kau fikir kau Arjun Rampal ke yang aku boleh syok setengah mati? Kau ingat kau Kim Hyun Joong yang aku nak usha? Tolonglah! Tolong jangan perasan. Kalau kau kahwin dengan aku sebab ayah, aku pun macam tu jugak. Sebab ayah. Kita berkahwin atas alasan yang sama. So, kau takyah susah-susah nak buat spekulasi macam orang tak ada akal.” Sergah gadis itu lagi dengan muka tegang.

“Memang aku bukan Arjun Rampal. Tapi aku lagi kacak dari dia. Dan memang jugak aku bukan Gu… Gunung… Gunung kau tu. Tapi aku lagi macho dari dia.”

“Gunung?” Imanina muka hairan.

“Yang kau sebut tadi. Lepas Arjun Rampal ada lagi sorang yang kau sebut kan?”

“Kim Hyun Joong?”

“Betul la tu.”

“Kim Hyun Joong dengan Gunung… Jauh kut sebutan dengan ejaan.”

“Ah! Lantak lah! Asalkan ada bunyi ‘ung… ung..’ dekat belakang.” Farhan terasa malu. Namun dia tetap kawal riak muka.

“Kalaulah rasa kelakar aku dekat kau melebihi rasa benci memang aku dah gelak guling-guling pusing rumah. Suka hati kau je nak belasah sebut nama orang.”

“Biar ah! Salah sebut je. Bukan kena hukun gantung pun. Dah-dah! Mula laksanakan tanggungjawab kau dari sekarang.” Sekali lagi Farhan mendekati Imanina dengan senyuman gatal.

“Kau ni kenapa? Kan aku dah cakap tanak! Tak faham bahasa ke?” Imanina kembali resah. Silangan tangannya pada dada makin kuat. Sesekali kain yang tersarung pada kaki dibetulkan.

“Apa masalah kau ni? Yang kau merekot macam orang nak kena ‘baham’ ni kenapa? Kau ingat tanggungjawab kau tu cuma ‘benda tu’ je ke? Cik Nur…. Eh bukan. Puan. Puan Nur Imanina, kau dengar sini eh. Aku tengok kau aku rasa kosong.” Kata Farhan seraya mengisyaratkan simbol kosong dengan tangan di hadapan si isteri. ” Atau dalam erti kata yang lain… tak ada nafsu. Aku dengan kau… takde nafsu. Bila aku tengok kau sama macam aku tengok plywood. Again… takde nafsu!” Tekan Farhan dengan suara yang sengaja ditinggikan.

Imanina tersentak. Dia mula menyedari sesuatu. Muka Farhan dipandang. “Eh, betul lah.”

“Apa yang betul?”

“Kau kan songsang. So, kalau aku berjalan dalam bilik ni tanpa pakai apa-apa pun, aku tetap selamat kan? Ye la… betul! Buat apa aku nak risau?” Muka Imanina bercahaya. Ceria. Empat kali dia menepuk tangan. Rasa seronok ya amat.

Errkk! Kata-kata dan reaksi dari si isteri membuatkan Farhan tepuk dahi. Dia menggeleng berkali-kali. “Masalah betul kau ni. Aku nak mandi. Ambilkan aku towel.”

“Ewah! Aku ni orang gaji kau ke? Suka sedap hati je nak mengarah.”

“Tanggungjawab.”

“Kalau aku tanak buat?”

Selepas menerima soalan dari Imanina, Farhan terus mengeluarkan handphone lalu menekan butang dail.

“Kau nak call siapa?”

“Abah.”

“Sebab?”

Pertanyaan si isteri diabaikan. Selepas lima saat… “Hello, assalamualaikum abah. Han nak cakap yang Iman tanak ambilkan Han towel. Dia nak jadi isteri derhaka. Dia…”

“Wei!” Lebih pantas dari kilat, dia merampas handphone dari tangan Farhan lalu dimatikan talian itu. “Apa masalah kau ni? Ini hal kita. Yang kau nak masukkan abah aku dalam cerita kita ni apehal?” Marah Imanina.

Dia sudah kecut perut membayangkan wajah bengis si abah. Abahnya, Encik Ihsan Bin Mansor. Merupakan seorang yang sangat tegas dan garang. Dari kecil, dia dan adik beradik sangat takutkan abah. Padahal abah tak pernah angkat tangan terhadap mereka. Marah pun jarang-jrang sekali. Namun rasa takut dan hormat itu wujud sendiri sebaik saja melihat wajah bengis Encik Ihsan. Matilah aku….

“Hakhakhak!”

Apehal dia ni? Imanina hairan melihat Farhan yang tetiba ketawa macam orang gila jumpa duit RM1 di kaki lima.

“Kau kecut?”

“Kecut lah! Abah wei… Jangan memain.”

“Aku tipu.”

“Hah?”

“Aku tak call abah betul-betul pun tadi. Buat gaya je lebih.” Akhirnya Farhan membuat pengakuan.

“Kau memang… memang… memang buat aku rasa nak tetak orang!” Imanina menjerit geram.

“Padan muka. Itu aku baru gertak sikit. Lain kali kalau kau ingkar arahan aku, aku call betul-betul.”Ugut Farhan dengan sisa ketawa.

Imanina mencebik. Dia bangun menghampiri almari. Pintu almari dibuka. Sehelai tuala warna biru dikeluarkan lalu dicampak ke arah Farhan.

“Terima kasih, wife.” Farhan masih ada nafsu untuk menyakat.

“Geli!” Imanina tutup telinga sambil menuju ke arah katil. Sebiji bantal tidur dan comforter diambil lalu dicampak atas lantai. “Tu tempat tidur kau.”

Farhan yang baru sahaja ingin melangkah masuk ke dalam bilik air berpaling. “Asal pulak? Ini bilik aku. Kau sepatutnya tidur dekat bawah.”

“Boleh tak kau jadi gentle sikit?”

“Dengan kau? Harapan! Takde-takde. Kau tidur bawah.” Tegas Farhan.

“Okey. Fine.” Ujar Imanina. Dua saat kemudian dia mencapai handphone dan mendail nombor seseorang. “Assalamualaikum, ayah. Iman nak bagitau yang Han tak kasi…”

“Wei! Apehal kau?” Laju handphone Imanina disambar. “Huh? Kau tipu?” Farhan tergamam bila melihat skrin handphone Imanina. Tiada panggilan yang dibuat ketika itu.

Imanina senyum lebar. “Kita sama. 1-1.”

“Haisyhh!” Farhan merengus geram. Terkena jugak dia dengan Imanina. “Macam ni la… Katil ni king size. So, aku tak ada hal kalau nak kongsi dengan kau. Kau?”

Imanina berfikir sejenak. Lepas lapan saat… “Kau songsang. So, aku pun tak ada hal nak kongsi katil dengan suami tak normal macam kau.”

“Perlu ke kau repeat gelaran tu berkali-kali?”

“Selagi kau tak jadi normal, aku rasa perlu.”

“Thanks, wife.” Farhan muka ketat.

“You’re welcome, husband.”

***

“MORNING, guys…” Fazreen yang baru menyertai meja makan, menyapa.

“Morning…” Serentak Farhan dan Imanina membalas. Masing-masing muka tak ceria.

“Asal korang nampak lemah je? Last night cemana?” Fazreen cuba mengorek rahsia.

“Great. Kan wife?” Balas Farhan dengan senyuman ceria. Sengaja dagu Imanina dicuit.

“Great?” Fazreen muka teruja.

Tapi lain pula riak muka Imanina. Dia menjeling tajam ke arah Farhan yang berada di sebelah. Lelaki itu hanya tayang muka tak beriak. Lalu satu tendangan hebat dibuat pada kaki si suami.

“Sakit lah wei! Kau sepak aku apehal?” Marah Farhan. Kakinya digosok menghilangkan rasa perit.

“Tadi cakap great. Tapi asal aku tengok korang tak macam great pun.” Fazreen masih dengan niat yang sama. Ingin mengorek. Korek dalam-dalam.

“Kau-aku kena kahwin paksa. So, tak payah lah nak pura-pura yang kita ni bahagia ya amat. Aku rasa geli. Sumpah!” Bidas Imanina bersama jelingan pisau belati. Ikutkan hati nak je dia tenyeh butter yang berada di tepi tangan ke muka Farhan. Baru puas hati. Heh!

Farhan hanya mencebik. Roti yang sudah disapu peanut butter dimasukkan ke dalam mulut.

“Dah tau muka tu tak licin serupa orang. Tak reti-reti nak pantang ke?” Sinis soalan itu.

Pantas Farhan toleh kanan mencari wajah isterinya yang bermulut celopar. “Asal? Kalau aku makan peanut butter pun muka kau ke yang nak tumbuh jerawat?”

“Aku takut berjangkit.”

“Sejak bila jerawat boleh berjangkit?”

“Sejak aku kahwin dengan kau!”

Agak tersentak dengan kenyataan itu. Farhan mula membara. “Kau memang suka buat aku bengang kan?”

“Memang!” Imanina menjawab selamba. Nasi goreng yang masih belum terusik dicedok ke dalam mulut.

“Kalau macam tu jom buat eksperimen nak?”

“Eksperimen?” Kening Imanina bertaut rapat. Fazreen hanya bertindak sebagai pemerhati.

“Eksperimen macam ni…” Habis saja ayat, Farhan terus menarik wajah Imanina ke rapat ke wajahnya. Kemudian dengan kuat pipinya digesel-gesel pada pipi Imanina.

“Weiiii!!!!” Bergegar seluruh banglo dua tingkat itu dengan jeritan menantu baru. Sedaya upaya muka Farhan ditolak. “Kau gila ke?”

“Aku cuma nak tau betul ke teori kau pasal jerawat berjangkit tu betul. Kalau betul, kau menang.” Balas Farhan tenang.

“Kau… kau… urghh! Kalau muka aku tumbuh jerawat, siap kau!” Bentak Imanina seraya mencapai beberapa helai tisu lalu mengesat kasar kedua-dua belah pipinya.

Melihat situasi itu, Fazreen ketawa geli hati. Telatah abang dan kawan baiknya a.k.a kakak iparnya itu betul-betul buat dia rasa terhibur. Selalunya kalau pasangan yang baru berkahwin haruslah romantik atau bergurau senda. Tapi bagi pasangan yang berada di hadapannya ini lain pulak perangai. Kalau dah kena kahwin paksa, memang macam ni ke keadaannya?

“Kau memang keji!” Bukk! Siku Imanina berjaya mendarat diperut Farhan.

Lelaki itu menyeringai kesakitan. “Kau suka main kasar!”

“Dengan kau je. Lain kali jangan cuba nak main-main dengan aku.” Gertak si isteri dengan muka menyinga.

“Pssss… Ayah dengan ibu dah turun. Control perangai.” Ujar Fazreen sebaik saja matanya terpandang kelibat kedua orang tuanya sedang menuruni tangga.

“Nak control buat apa? Diorang dah sedia maklum yang kitorang kahwin paksa. Takkan nak tunjuk aksi manja-manja beruk kut? Kang pengsan pulak ayah dengan ibu tu.” Balas Farhan dengan suara separa tinggi.

“Syyhh!” Kaki Farhan disepak dari bawah meja. “Kau tak pandai nak cakap slow ke, bang? Taulah korang tak suka each other pun. Tapi takyah lah nak bergusti depan diorang. Buat biasa sudah. ” bisik Fazreen agak perlahan namun berbaur tegas. Jelingan matanya tajam menghala pada Farhan memberi amaran.

Farhan hanya membalas dengan cebikan.

“Assalamualaikum…” Dua suara bergabung. Encik Azhan mengambil tempat di hujung meja. Manakala Puan Hasanah sudah bersedia untuk melakukan tugas. Tugas melayan suami.

“Waalaikumussalam.” Farhan, Imanina dan Fazreen menjawab serentak. Tiga wajah mengukir senyuman mesra.

“Apa yang kecoh-kecoh sangat sampai ayah dengan ibu kat atas pun boleh dengar?” Encik Azhan turut mengukir senyum. Muka Farhan dan Imanina dipandang.

“Err… takde pape ayah. Kitorang gurau-gurau je.” Jawab Farhan menutup hal yang sebenar.

“Bergurau menjerit macam kena sengat dengan tebuan?”

Imanina sudah pucat. Pandangan Encik Azhan tepat pada wajahnya.

“Abang nak apa? Nasi atau mihun goreng?”

Soalan Puan Hasanah melegakan hati Imanina. Perhatian Encih Azhan sudah beralih arah.

“Nasi goreng.” Jawab lelaki tua itu. “Han…Iman, apa plan hari ni?”

“Macam biasa, Han kerja.”

“Iman nak keluar jumpa member discuss pasal final project.

“What!?” Jawapan lancar dari dua ulas bibir itu membuatkan Encik Azhan terkedu.

“Kalau kamu terlupa, let me remind you… kamu baru je kahwin semalam.” Puan Hasanah ikut menyelit dengan riak terkejut.

“Kena kahwin paksa. Mana boleh Han lupa.” Selamba tanpa rasa bersalah ayat itu meniti dibibir Farhan.

“Amir Farhan!” Lantang sebaris nama itu disebut. Encik Azhan merenung Farhan. Tajam. Garfu yang dipegang ditala ke wajah Farhan. “Jangan sampai ayah cakar mulut kamu dengan garfu ni!”

Ugutan itu berjaya membuatkan Farhan kecut. Kepala ditunduk rapat ke meja. Imanina yang mulanya ada pasang niat untuk mencelah terus kunci mulut mendengar suara bapa mertuanya itu. Seperti Farhan, dia juga turut menundukkan wajah.

Berdehem sekali sebelum menyambung bicara. “Tukar plan.”

“Apa, yah?”

Muka tak faham Farhan dan Imanina dipandang silih berganti. “Kerja…cuti. Discussion… cancel.”

“Ayah…” Pasangan pengantin baru itu mula memprotes.

“Hari ni, Han kena bawak Iman pergi ziarah saudara mara kita. Dah jadi adab orang yang baru berkahwin harus pergi melawat ahli keluarga yang lain. Kenalkan pada mereka isteri Han.” Muka tak rela Farhan dan Imanina diabaikan.

“Mesti kena hari ni jugak ke, yah? Tak boleh esok-esok?” Farhan masih mencuba nasib untuk mengelak dari melaksanakan arahan ayahnya.

“Hari ni.”

“Semua sedare?”

“Much better.”

“Dah tu rumah Uncle Ad dekat German tu nak kena pergi hari ni jugak?”

“Kalau still ada tiket ke sana hri ni boleh je. Lagipun boleh kamu honeymoon terus kat sana. Kejap. Ayah call Uncle Ad bagitau.”

“Ayah, jangan!” Melihat Encik Azhan ingin mencapai henfon, Farhan terus menegah. “Han memain je.” Sengihan plastik lebar di bibir.

“Ingat kamu je yang tau main-main? Ayah tak?” Encik Azhan tayang senyum mengejek.

Farhan tarik muka. Ayah ni la… “Yela… yela.” Akhirnya Farhan setuju tanpa rela dengan permintaa ayahnya.

“Ha, lagi satu. Ayah tanak Han contact budak tu lagi. Terus buang dia dari hidup Han.”

Permintaan itu memang mengejutkan Farhan. “Tapi dia girlfriend Han, yah. Mana boleh Han…”

“Girlfriend ke boyfriend?” Tanpa salam, suara Imanina menyelit di tengah jalan.

“Kau jangan nak…”

“Soalan Iman tu betul. Ibu setuju. Girlfriend ke boyfriend?”Puan Hasanah yang mendiamkan diri agak lama mencelah sama. Farhan dipandang sinis.

Lelaki itu mengeluh. “Kenapa semua orang tak faham Han? Han tak boleh lupakan dia. Han sayangkan dia. Han…”

“Reen, minyak Cap Kapak please. Ayah rasa loya.” Kata-kata Farhan laju disangkal. Encik Azhan memicit dahi.

“Ada kat atas la ayah.” Jawab Fazreen sambil sedaya upaya menyembunyikan rasa ingin ketawa. Dan sebenarnya, rasa yang sama turut dikongsi oleh Imanina. Gadis itu mengetap bibir kuat menahan tawanya dari pecah.

“Ayah tak kira. Han kena lupakan dia. Macam ni lah. Ayah ada idea. Apa kata kalau Han teringat dekat budak tu, Han cepat-cepat pandang muka Iman. Ayah yakin, lepas tu mesti Han lupa langsung dekat dia.”

“What? Terus terang, ayah… Bila Han tengok muka dia ni Han rasa macam nak terjun lombong.” Bidas Farhan. Sempat Imanina dijeling tiga saat.

Terkedu. Bibir dah berbentuk ‘O’. Keji punya mamat. “Aku kalau tengok muka kau rasa macam nak cungkil mata sendiri.”

“Baguslah. Lepas kau buta, aku kurung kau dalam setor. Mata aku pun dah tak sakit nak tengok muka kau dalam rumah ni. Heaven gila!”

“Try la buat macam tu. Aku saman kau RM10 juta.”

“Eleh! Kalau dah kena kurung dalam setor, aku akan pastikan kau takkan terlepas.”

“Kau ingat aku akan duduk melangut macam orang bodoh je kat dalam tu?”

“Kalau kau…”

“Diam!!!”

Tengkingan itu mematikan biacara dua kepala. Farhan jadi kecut. Imanina rasa gerun.

“Apa nak jadi dengan korang berdua ni? Bergaduh macam anjing dengan kucing.”

“Yang kucing tu Han. Iman pulak yang an…” Farhan tidak jadi meneruskan ayat bila mata Encik Azhan tepat ke arahnya. Air liur ditelan dua kali.

“Ayah nak korang tukar bahasa diri. Takkan suami isteri nak gunakan bahasa diri kau-aku? Cuba guna abang sayang ke…”

“Haaaa… yang tu Han mintak maaf. Han tak bole

nak lagi cerita klik sini