Jacko ada anak berusia 25 tahun?


 

GAMBAR menunjukkan Bhatti bersama Jacko di Tunisia pada 1996.

 


  

LOS ANGELES – Seorang lelaki Omer Bhatti akan menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membuktikan dakwaannya bahawa dia ialah anak kandung Michael Jackson, lapor sebuah akhbar semalam.

Bhatti, seorang warganegara Norway, dipercayai anak pertama Michael selepas ibunya Pia didakwa bermalam dengan Raja Pop itu pada 1984.

Spekulasi Bhatti, 25, merupakan anak keempat penyanyi bergelar Jacko itu tersebar luas selepas dia dilihat duduk di barisan hadapan bersama-sama tiga anaknya pada majlis memperingati penyanyi itu di sini dua minggu lalu.


 

BHATTI (dalam bulatan) duduk paling kiri bersama anggota keluarga Jacko pada majlis memperingati penyanyi itu Pusat Staples, Los Angeles pada 7 Julai lalu.

 


  

Bhatti yang bekerja sebagai penari tinggal beberapa tahun di kediamannya di Neverland Ranch dekat sini bersama-sama tiga anak Jacko.

Pia turut mengapi-apikan spekulasi itu berhubung kenyataannya kepada media di Oslo pada Selasa lepas.

“Jacko diiktiraf sebagai Raja Pop. Namun, bagi kami (dia dan anak lelakinya) Michael lebih daripada itu,” katanya.

Bhatti yang memiliki wajah menyerupai anak bongsu Jacko, Prince Michael II tinggal di Neverland Ranch selepas penyanyi itu membawa dia dan ibunya berpindah dari Oslo pada 1997

hidup biar sedap

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: