Tempat semadi masih jadi pertelingkahan

Tempat semadi masih jadi pertelingkahan

 
LOS ANGELES: Ketika mayat Michael Jackson masih disimpan di Forest Lawn Memorial-Park and Mortuary di sini, keluarganya masih bertelingkah dengan keputusan yang amat sukar: “Di mana Raja Pop itu akan disemadikan?

Satu sumber rapat dengan keluarga Jackson berkata, “Mereka masih belum membuat keputusan” namun menambah ibu bapa dan adik beradik penyanyi itu kini semakin hampir dengan satu persetujuan.

Ibu Micheal, Katherine Jackson, 79, sebelum ini menolak untuk menjadikan ladang Neverland tempat persemadiannya kerana, kata sumber, “Beliau fikir ia adalah tempat yang dipenuhi memori menakutkan. Katanya Micheal tentu tidak mahu dikebumikan di sana.”

Pihak berkuasa pernah mendakwa Jackson mencabul kanak-kanak di ladang itu; dia dibebaskan daripada semua dakwaan pada 2005. Bagaimanapun, Katherine sudah berlembut dengan pendiriannya, menurut sumber. – Agensi

“Katherine masih membantah supaya Micheal dikebumikan di Neverland, namun menyerah jika urusan berhubung pemilikan hartanah itu dapat diberikan kepada anak-anak Micheal,” sumber menerangkan.

“Jika mereka dapat menyelesaikan pemilikan itu, Katherine akan membenarkan Micheal dikebumikan di sana.”

Bagaimana urusan itu mungkin dilakukan, bagaimanapun masih samar. Ketika ini pemilikan majoriti hartanah itu dipegang oleh pelabur persendirian.

“Ia adalah satu perkara yang mereka cuba jelaskan,” kata sumber mengatakan wujud peluang meraih keuntungan jika Neverland menjadi tarikan pelancong seperti Graceland, rumah Elvis Presley di Memphis.

Lokasi lain ialah di Forest Lawn, di mana upacara peringatan persendirian untuk Michael diadakan pagi 7 Julai di sini. –

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: