Selepas habis ‘umpan’ pengundi Manek Urai tinggalkan Umno

KOTA BHARU, 15 Julai (Hrkh) – “Manek Urai terletak di kawasan yang diterajui Kesedar. Kenapa pula disyarat kepada pengundi bila menang baru nak buat jambatan.

“Paksa rakyat, bohong rakyat tak habis-habis tipu. Tengok apa yang berlaku terhadap jambatan Sultan Yahya kedua telah dilakukan upacara pecah tanah dua tahun lalu, namun sampai sekarang tak siap,” kata Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau juga berkata, begitu juga janji mahu membina sistem pengairan bagi mengelakkan berlaku banjir kilat di bandar Pasir Mas, namun sekarang projek itu hanya separuh siap.

Katanya, janji itu dibuat semasa kempen pilihan raya kecil di Pengkalan Pasir pada 2005.

“Sekiranya projek yang hanya memakan belanja kecil belum disiapkan sepenuhnya, inikan pula perbelanjaan untuk membuat jambatan baru RM7 juta di Manek Urai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Beliau juga berkata, rakyat di Manek Urai perlu mengetahui peruntukan sebanyak itu tidak mampu untuk menyiapkan sebuah jambatan baru seperti dijanjikan pemimpin Umno.

Kata beliau disebabkan terpengaruh dengan segala janji-janji tersebut majoriti PAS pada pilihan raya kecil semalam menurun.

“Ia bukan bererti rakyat semakin menerima Umno sebaliknya perkara itu berlaku kerana penipuan, ugutan, rasuah dan berbagai lagi.

“Umno telah menjadikan ‘najis rasuah’ mengugut serta mempengaruhi pengundi demi untuk meraih kemenangan. Namun misi mereka masih gagal,” ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, peningkatan undi Umno melalui cara itu dianggap haram di mana kedua-dua pihak iaitu pemberi dan penerima rasuah akan mendapat balasan api neraka di akhirat nanti.

Katanya, pemberian rasuah boleh menyekat percambahan pemikiran manusia untuk bertindak secara normal.

Oleh itu beliau yang Mursyidul Am PAS berkata, Umno tidak boleh mendabik dada dengan majoriti kecil yang dimenangi calon PAS.

Menurutnya juga Umno cuba menyuburkan budaya rasuah bukan sahaja dalam pilihan raya sebaliknya ketika perhimpunan agung parti itu seperti dilaporkan dalam media massa.

Beberapa hari menjelang pilihan raya di Manek Urai, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berjanji akan membina jambatan baru sekiranya BN menang pilihan raya kecil itu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, walaupun saluran dua dan tiga berubah di mana telah memihak kepada BN, namun ia dianggap bersifat sementara kerana ada umpan.

“Kalau pemimpin Umno sendiri rasuah, bagaimana mereka boleh berjanji kepada rakyat untuk menghapuskan rasuah di negara ini,” ujarnya.

nak tahu tips memikat wanita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: